Wednesday, June 12, 2013

TUGASAN FOLIO ICTL TINGKATAN 2

Tugasan Folio ICTL

Sebelum berakhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ICTL, setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu folio berkaitan dengan bidang ICT. Folio tersebut hendaklah disiapkan secara individu atau berpasangan ( 2 orang sahaja).Para pelajar akan memilih tajuk yang difikirkan bersesuaian dengan bidang ICT (pemilihan dibuat dalam kelas ICTL). Pemilihan tajuk akan dipantau oleh guru. Folio hendaklah mengandungi kriteria - kriteria berikut :

1. Tajuk Folio
2. Penghargaan - 1 m/s
3. Isi Kandungan - 1 m/s
4. Pendahuluan - 1 m/s
5. Isi (Berdasarkan kepada kreativiti pelajar- perlu ada lebih daripada satu gambar berkaitan dengan tajuk yang dipilih) - 5 m/s
6. Penutup - 1 m/s
7. Rujukan - 1 m/s

Jumlah keseluruhan mukasurat tidak termasuk kulit depan - 10 m/s sahaja


Folio hendaklah dibuat sepenuhnya dalam BM / BI . Penggunaan bahasa campuran 'rojak' tidak dibenarkan sama sekali.


Contoh : 
Penghargaan - ditulis dalam BM
Pendahuluan - ditulis dalam BI
- TIDAK DIBENARKAN

YANG DIBENARKAN ......
Penghargaan - ditulis dalam BM
Pendahuluan - ditulis daam BM
atau

Penghargaan - ditulis dalam BI
Pendahuluan - ditulis dalam BI


Pelajar dikehendaki menyediakan draf terlebih dahulu, guru akan menyemak draf tersebut sebelum pelajar meneruskan olahan pada tajuk yang dipilih. Sebelum bahan folio dicetak (urusan mencetak dilakukan di makmal komputer), guru akan menyemak bahan tersebut. Setelah guru berpuashati, barulah proses mencetak dilakukan. Bagi pelajar yang ingin menyediakan kertas untuk mencetak, amat dialu - alukan terutama bagi pelajar yang ingin menggunakan kertas berwarna / 

Wednesday, April 24, 2013

Tugasan ICTL Tingkatan 2


Pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan satu Folio.
Tajuk : Gajet ICT terkini
Langkah 1:
  1. Kumpulkan gambar berkaitan sekurang-kurangnya 3 item (tidak lebih daripada 10).
  2. Gambar-gambar gajet boleh didapati dari akhbar harian, majalah PC atau dari laman-laman web. 

Monday, January 14, 2013

Tips Menjaga Komputer


Bagi menjaga komputer senang sahaja sekiranya ia menjadi satu tabiat. Terdapat beberapa perkara yang ingin dibincangkan didalam artikel teknik penjagaan komputer ini. Di harapkan apabila kita sudah baca teknik penjagaan yang mudah ini, jangka hayat komputer anda akan lebih lama.

Teknik menjaga komputer ini merangkumi beberapa topik utama yang perlu menjadi perhatian. Topik pertama adalah mengenai masalah habuk. Selepas itu kita akan berbincang pula mengenai kesan suhu ke atas komputer, masalah virus, cara penggunaan dan akhir sekali kita akan membincangkan serba sedikit mengenai cara penyelenggaraan komputer anda dengan betul. Di harapkan artikel ini akan dapat memantu semua orang dalam teknik penjagaan komputer yang berkesan.

Masalah habuk
Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa betrada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat komputern akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pulak, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Masalah suhu
Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangkahayat sesebuah komputer tersebut. berhati-hati dengan air dan kelembapan! Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. AWAS! Jaga-jaga sebelum terkena. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari.

Masalah virus
Ini merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet. Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang akhirnya mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya. Virus juga mudah merebak melalui perkongsian disket dan penggunaan software pirate! Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda akan terganggu atau mengalami kerosakan.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan (reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin antivirus, Mc AFee antivirus dan Innoculan antivirus. Anda di syorkan untuk updatekan definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah lebih baik dari merawati.

Masalah cara penggunaan
Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu di gantikan bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang perlu di gantikan pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup komputer anda dengan betul dengan menekan menu START - SHUT DOWN - OK! (Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

Maintanence
Perkara yang terakhir yang nak dibangkitkan di sini ialah maintainence.
Tujuan maintainance adalah untuk menjadikan komputer anda lebih senang dan mudah digunakan. Maintanance dibahagikan kepada 2. Yang pertama adalah secara hardware dan yang kedua ialah software. Bagi hardware, alatan yang perlu ada ialah skru-driver atau pemutar skru jenis +... Solution pembersih (mild detergent), Vakum cleaner, CD Cleaner, Floopy drive cleaner, kain buruk yang lembut serta tidak berbulu. fungsinya seperti dibawah:

Skru driver jenis + - Gunanya untuk membukak PC kita nanti untuk di maintainkan.
Solution pembersih - Gunakan untuk mencuci casing, monitor, keyboard, mouse, scanner dan apa sahaja yang berpermukaan daripada habuk
Vakum cleaner dan berus kering - sedut habuk yang terdapat di dalam komputer dan bilik anda.

Bila sudah siap maintainance bahagian hardware, kita kenalah jalankan operasi untuk manitainance bahagian software pula. Mula-mula sila delete (padamkan) fail yang tak perlu. Fail-fail yang tak perlu ini termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk , fail-fail log, fail-fail yang di gunakan sementara (fail-fail temporary).
  
Deletekan juga cookies atau history - kalau rasa perlu (di dalam browser internet explorer atau netscape navigator) dan buang program yang tidak di gunakan lagi (uninstall). Cara untuk uninstall ini hendaklah menggunakan step yang betul. Sekiranya program tu ada mempunyai menu uninstall nya sendiri, itu tidak menjadi masalah. tetapi sekiranya tiada menu uninstall, kenalah klik menu START - SETTINGS - CONTROL PENAL dan cari menu ADD/REMOVE PROGRAMS. Klik program yang ingin di buang dan tekan butang Add/Remove.

Terakhir sekali ialah jalankan scandisk dan difragmentation.
Begitulah langkah-langkah yang harus di lakukan untuk menjaga komputer supaya dalam keadaan baik selalu.

Sunday, January 13, 2013

RANGKAIAN KOMPUTER



MAKSUD RANGKAIAN KOMPUTER

Koleksi dua atau lebih komputer yang dihubungkan antara satu sama lain menggunakan medium komunikasi dan peralatan komunikasi bertujuan berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.

MAKSUD KOMUNIKASI

Proses menghantar data daripada penghantar kepada penerima.

TUJUAN RANGKAIAN KOMPUTER

1. Perkongsian fail
2. Memindahkan fail antara komputer
3. Berkongsi peranti seperti pencetak, scanner
4. Berkongsi perisian aplikasi
5. Menggunakan kemudahan emel -surat elektronik - boleh hantar fail lampiran seperti dokumen, gambar, fail audio dan video

JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER ( Type of network )

1. LAN - Local Area Network - Rangkaian Kawasan Setempat

- Rangkaian 2 atau lebih PC. Saiz rangkaian kecil.
- Rangkaian dalam satu bangunan atau satu organisasi walaupun berlainan blok
- Penghantaran data laju
- menggunakan kabel UTP - kos agak rendah

2. MAN - Metropolitan Area Network - Rangkaian Kawasan Bandar

- Rangkaian yang menyambungkan PC dalam bandar
- Merangkaikan PC antara dua atau lebih organisasi tetapi terbatas dalam satu kawasan geografi yang kecil - Tidak merentasi sempadan negara.
- Penghantaran data perlahan
- menggunakan kabel fiber optik

3. WAN - Wide Area Network - Rangkaian Kawasan Luas

- Menghubungkan berjuta-juta komputer daripada seluruh dunia
- 24 jam tanpa henti
- Penghantaran data lebih perlahan daripada MAN kerana jarak yang jauh
- Kos menyediakan tinggi kerana menggunakan kabel fiber optic dan satelit

Wednesday, October 10, 2012

Monday, September 12, 2011

Khasiat Bayam


BAYAM ADALAH SALAH SATU DARIPADA SAYURAN YANG MENJADI PILIHAN IBU BAPA KERANA MEREKA MEMPERCAYAI KHASIAT YANG ADA PADA SAYURAN INI. SEBENARNYA, BAYAM ATAU NAMA BOTANINYA SPINACIA OLERACEA, INI BUKAN SAHAJA BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK TETAPI BERKHASIAT BUAT SEMUA

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya tterdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.
Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Wednesday, July 29, 2009

MICROSOFT OFFICE 2010


Setelah berita kemunculan Windows 7,pada 13 julai yang lalu,Microsoft telah mengumumkan mengenai Microsoft Office 2010...banyak tambahan telah ditambah di dalam Microsoft Office 2010 ini,dikatakan Microsoft Office 2010 ini sesuai untuk sistem operasi Windows XP SP3, Windows Vista dan Windows 7.Microsoft Office 2010 ini dianggarkan akan dikeluarkan pertengahan tahun 2010 nanti...antara tambahan yang ada Microsoft Office 2010 ialah kita boleh save fail document kita dalam bentuk pdf...jadi ini tentu memberi kemudahan kepada mereka yang ingin membuat ebook.