Monday, September 12, 2011

Khasiat Bayam


BAYAM ADALAH SALAH SATU DARIPADA SAYURAN YANG MENJADI PILIHAN IBU BAPA KERANA MEREKA MEMPERCAYAI KHASIAT YANG ADA PADA SAYURAN INI. SEBENARNYA, BAYAM ATAU NAMA BOTANINYA SPINACIA OLERACEA, INI BUKAN SAHAJA BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK TETAPI BERKHASIAT BUAT SEMUA

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya tterdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.
Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

No comments:

Post a Comment