Wednesday, June 12, 2013

TUGASAN FOLIO ICTL TINGKATAN 2

Tugasan Folio ICTL

Sebelum berakhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ICTL, setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu folio berkaitan dengan bidang ICT. Folio tersebut hendaklah disiapkan secara individu atau berpasangan ( 2 orang sahaja).Para pelajar akan memilih tajuk yang difikirkan bersesuaian dengan bidang ICT (pemilihan dibuat dalam kelas ICTL). Pemilihan tajuk akan dipantau oleh guru. Folio hendaklah mengandungi kriteria - kriteria berikut :

1. Tajuk Folio
2. Penghargaan - 1 m/s
3. Isi Kandungan - 1 m/s
4. Pendahuluan - 1 m/s
5. Isi (Berdasarkan kepada kreativiti pelajar- perlu ada lebih daripada satu gambar berkaitan dengan tajuk yang dipilih) - 5 m/s
6. Penutup - 1 m/s
7. Rujukan - 1 m/s

Jumlah keseluruhan mukasurat tidak termasuk kulit depan - 10 m/s sahaja


Folio hendaklah dibuat sepenuhnya dalam BM / BI . Penggunaan bahasa campuran 'rojak' tidak dibenarkan sama sekali.


Contoh : 
Penghargaan - ditulis dalam BM
Pendahuluan - ditulis dalam BI
- TIDAK DIBENARKAN

YANG DIBENARKAN ......
Penghargaan - ditulis dalam BM
Pendahuluan - ditulis daam BM
atau

Penghargaan - ditulis dalam BI
Pendahuluan - ditulis dalam BI


Pelajar dikehendaki menyediakan draf terlebih dahulu, guru akan menyemak draf tersebut sebelum pelajar meneruskan olahan pada tajuk yang dipilih. Sebelum bahan folio dicetak (urusan mencetak dilakukan di makmal komputer), guru akan menyemak bahan tersebut. Setelah guru berpuashati, barulah proses mencetak dilakukan. Bagi pelajar yang ingin menyediakan kertas untuk mencetak, amat dialu - alukan terutama bagi pelajar yang ingin menggunakan kertas berwarna / 

No comments:

Post a Comment