Peraturan Makmal



Peraturan Asas Penggunaan Makmal Literasi
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim


  1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau
    semasa tiada guru.
  2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal
    komputer yang telah disediakan.
  3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di
    dalam makmal.
  4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
  5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
  6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
  7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan
    pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
  8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod
    penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
  9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral
    atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN
    MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
  10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera
    perisian atau dokumen.
  11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau
    membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
  12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru  
    bertugas.
  13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan
    disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
  14. Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
  15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
  16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
  17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin
    hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
  18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan
    ini.


No comments:

Post a Comment